Kota Bharu: Hari pertama tahun 1435H semalam membawa seribu erti kepada seorang wanita apabila dapat berkumpul bersama seluruh keluarga kandungnya yang berasal dari Hainan, China selepas terpisah sejak lebih 60 tahun lalu.
Roslina Ahmad, 63, dipertemukan dengan ibu kandungnya, Huang Yi Giao, 79, semalam, bersama lima adiknya, Yang Chui Qun, 61; Yang Chai Qing , 55; Yang Mie Lian, 51; Yang Jun Na, 52, dan Yang Xiao Fen, 32, di rumahnya di Paya Bemban, di sini, selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, jam 7.30 pagi kelmarin.
Dia ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba bercampur gembira apabila usahanya itu membuahkan tinjauan atas pertolongan Pengerusi MCA Cawangan Kampung Pulai, Lew Kew sebelum ini.
“Saya rasa bagaikan mati hidup semula apabila bertemu kembali dengan ibu kandung dan lima adik yang lain selepas lebih 60 tahun.
![](http://2.bp.blogspot.com/-XLfAmWAJ3ko/UnmKDP59hgI/AAAAAAAAMBI/iBc_Btk_Nns/s1600/kasih.webp)
ROSLINA (bertudung) dicium ibunya sambil dipeluk lima adik kandung lain ketika dipertemukan di rumahnya, semalam.
“Tahun lalu, saya pernah berikhtiar mencari menerusi akhbar dan ia turut disiarkan di akhbar berbahasa Cina. Lew yang terbaca turut menghulurkan bantuan.
0 komentar:
Posting Komentar