Senin, 23 Desember 2013

  • Susan Loone
  • Malaysiakini Jun 11 2013
 
Ahli parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin hari ini menggesa Pakatan Rakyat mengambil langkah berani untuk melawan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya dengan memulaukan majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat. 
Menurutnya, pemulauan tersebut sebagai "simbolik" bagi menunjukkan bahawa Pakatan serius dalam menyelesaikan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Beliau mengulas keputusan rakan gabungan DAP dan PAS yang menolak gesaan untuk memboikot majlis angkat sumpah atau sesi baru yang bermula pada 24 Jun ini.

Sim juga menggesa pemimpin Pakatan dengan serius membincangkan perkara tersebut sebelum memutuskannya secara konsensus.

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan memboikot itu hanya pada majlis angkat sumpah, dan bukannya pada sidang perbahasan.

Categories: , , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!