BIASANYA, lukisan berwajah selebriti terkenal yang dihasilkan pelukis popular akan dibida dengan harga setinggi mungkin. Namun tidak berlaku kepada lukisan Madonna dan bekas suaminya, Guy Ritchie.
Sehinggalah ke hari terakhir lelongan dibuat, lukisan yang dibuka dengan harga RM99,000 (US$33,000) itu khabarnya masih belum ada pembeli.
Lukisan unik karya Peter Howson itu dilukis dengan gambar Madonna bertubuh sasa sedang terbaring telanjang di katil sambil dipandang oleh Guy Ritchie. Harga lukisan yang sepatutnya mampu mencecah hampir setengah juta itu telah diberi diskaun sehingga RM66,000 (US$22,000), tetapi masih tidak ada yang mahu memilikinya. Menurut jurucakap arkib lelongan di Scotland, lukisan itu terpaksa dibuka kepada orang ramai jika mereka berminat.
"Acara lelong kami berjalan dengan sukses. Tetapi bukan untuk lukisan Madonna dan Guy. Memang pelik. Selama ini lukisan selebriti popular pasti cepat laku dan harga bidaan pun hebat. Apapun, kami masih menunggu walaupun ia terpaksa dijual dengan harga yang jauh lebih murah," kata jurucakap tersebut kepada Contactmusic. Untuk pengetahuan anda kejadian lukisan bogel Madonna ini tidak laku berlaku pada tahun2009. Mungkin ketika artikel ini ditulis lukisan ini sudah pun ada pembeli...
Jamal Abdillah Bersumpah Tak Pernah Risik Nas Adila | Beberapa hari lepas semua terkejut dengan berita penyanyi pop popular, Jamal Abdillah akan meminang Nas Adila, bekas pelajar AF7 sebagai calon isterinya.
Kemuadian keluar pula kenyataan yang Nas Adila menafikan perkara tersebut manakala Jamal Abdillah pula mengambil pendekatan berdiam diri.
Bagaimanapun, beberapa hari lepas, menerusi sebuah akhbar tempatan, Jamal dikatakan memberi kenyataan bahawa dia terpikat dengan kelembutan wanita itu dan Nas pula mengatakan Jamal sebagai lelaki yang matang untuk dijadikan suami.
Namun begitu, Jamal yang ketika itu ditemui wartawan berkata,
Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.
Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.
Dalam pada itu, Jamal turut menyatakan rasa pelik beliau dengan gosip dirinya itu. Tambah beliau lagi,