Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu menginsafi nasib malang yang menimpa rakyat Syria ekoran perang saudara yang tercetus sejak lebih dua tahun lepas, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana itu berkata rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati sekarang, dan menyeru mereka supaya membantu golongan yang memerlukan.

“Saya yakin lebih dua juta pelarian Syria yang terpaksa mencari perlindungan di sempadan-sempadan negara lain memerlukan bantuan seperti air, perubatan dan sanitasi.

“Kem-kem yang menempatkan pelarian ini juga amat tidak selesa dan mereka juga berdepan dengan pelbagai jenis penyakit,” katanya pada majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Syria Media Prima Berhad dengan kerjasama Mercy Malaysia di sini Jumaat.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A.Talib dan Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Dr Mahathir yang memuji keprihatinan kedua-dua organisasi itu berkata rakyat Malaysia juga boleh mengambil bahagian membantu meringankan beban rakyat Syria dengan menderma melalui tabung itu.

Katanya Syria mengalami perang yang dahsyat termasuk penggunaan senjata kimia, dan pelarian negara itu, yang sebahagian besarnya kanak-kanak, terpaksa berlindung di sempadan Turki, Lebanon dan Jordan.

“Kita sedang cuba membantu rakyat Syria dan banyak yang beragama Kristian. Saya harap kita tidak mengehadkan diri dengan membantu umat Islam sahaja. Kita membantu demi kemanusiaan,” katanya.

Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun Maybank 5642-7651-1200 atau akaun CIMB 1422-0000930-10-4 di bawah nama “Tabung Kemanusiaan Syria Media Prima Berhad”.

Sumbangan juga boleh dibuat dalam bentuk cek atas nama “Tabung Kemanusiaan Syria Media Prima Berhad” dan hantar kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Aras 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. – BERNAMA

Selasa, 31 Desember 2013

ALLAH...ALLAH...ALLAH, 
Himpunan Ulama Thurath siri 3 
Peringkat Negeri Kedah 
19.10.2013
"PENDIRIAN ULAMA TERHADAP ANCAMAN SYIAH "




ASSALAMUALAIKUM ,
Sekalian Muhibbin Seluruh Kedah khususnya dan Malaysia amnya ...
Himpunan Ulama Thurath kali ini akan menghimpunkan seramai munggkin Ulama Muktabar , ulama dalam iklan ini hanya sebahagian sahaja , ramai lagi akan turun .
Himpunan ini dinamakan " HIMPUNAN KEBANGKITAN ULAMA DAN RAKYAT PERTAHAN MARUAH ISLAM DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH "

SHARE dan Sebarkan tanda sokong dan tanda bersedia berjihad bersama Ulama Pewaris Anbia.

Al Fakir Helmi Assyafie sebagai mewakili pihak ahli jawatan kuasa penganjur menyeru supaya seluruh masyarakat tidak kira tua , muda , apa sahaja pangkat jawatan dan kedudukan apa sahaja atar belakang pendidikan keseluruhanya dapat hadirkan diri di Majlis ini tanda Cinta kita kepda Perjuangan ISLAM dan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .

Seringkali Al Fakir mengulangi , majlis ini bukan hak persatuan kami tetapi ia merupakan hak ummah , majlis ummah , majlis terbuka . Medan jihad dah dibuka maka diharapkan seluruh perjuang Islam sama-sama membantu perjuangan Ulama ini .Kepada sesiapa yang  ingin turun bersama-sama bantu kerja majlis sebelum atau semasa majlis boleh hubungi no tel di bawah atau sms atau boleh layari facebook : PAGE RASMI PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH atau blog PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat yang bakal diadakan di Stadium Suka Menanti adalah himpunan mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah , manhaj penganjur adalah ahli sunnah asli , Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah , Jabatan Mufti Negeri Kedah , Yayasan Sofa , HESA semuanya manhaj ahli sunnah , ulama yang kita jemput semuanya ulama muktabar , ilmu mereka mantop . Jadi mari sama -sama kita turun menumpang barakah dari ulama dan barakah majlis , lebih dari 10 orang guru tua pondok Kedah akan hadir himpunan ini , kita tak akan ambil ulama wahabi kerana kita manhaj ahli sunnah , dalam soal perjuangan aqidah ini kita mesti letak ahli sunnah no 1, kerana kebanyakan dalam akhbar dan tv ramai ulama wahabi yg menonjol lawan syiah , himpunan 19.10.2013 , dijamin seratus peratus yg menjadi tamu VVIP adalah ulama ahli sunnah wal jamaah - Helmi Assyafie

Sebarang sumbangan masih diperlukan , boleh salur terus ke akaun Rasmi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah, pastikan menggunakan kaunter sebab akaun persatuan tidak boleh menggunakan mesin untuk kemasukkan , NO AKAUN BANK BSN : PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID (PPPT- KEDAH) NO AKAUN : 02115-41-00003692-4

Sebarang maklumat boleh sms kepada saya( Helmi Assyafie) : 013-4044259
atau hubungi Tim Pengarah Program U. Mazlan  013-4035286
dan Setiausaha Program Syahir :


Minggu, 29 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaannya bahawa 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata ramai pengundi terkeliru dengan dakwaan Anwar itu sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU13, 5 Mei lepas.

“Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian…mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

“Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggjungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini Sabtu.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Mah mengumumkan senarai anggota Jawatankuasa Pusat parti untuk penggal 2013-2016.

Naib Presiden: Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Tan Sri Liew Yun Fah, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Setiausaha Agung: Liang Teck Meng

Bendahari: Datuk Lim Si Pin

Setiausaha Penganjur: Lau Hoi Keong

Anggota Jawatankuasa Pusat: Datuk Gordon Leong, Au Kam Wah, Dr Lee Chee Peng, Teng Chang Yeow, Datuk Yap Kea Ping. – BERNAMA

Selasa, 24 Desember 2013

Harakahdaily, 10 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Gelombang Kebangkitan Rakyat terutama di kalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara, kata Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi signal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.

Justeru, katanya walaupun, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari ini dilihat lebih tertumpu kepada Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah Bangkit yang dianjurkan Gegar perlu diberi tempat dan perhatian yang sewajarnya.

“Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak.

“Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lagi.

Menruutnya, siapa yang tidak ‘sakit’ apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera.

“Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya.

“Siapa yang tidak ‘bingung’ melihat telatah kepimpinan negerinya yang mampu melihat setiap harta dan ‘karun’nya diangkut serta dijual ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya.

“Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala dan mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan masa kebangkitan rakyat secara besar-besaran,” katanya.
 Read more...
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!