Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaannya bahawa 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata ramai pengundi terkeliru dengan dakwaan Anwar itu sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU13, 5 Mei lepas.

“Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian…mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

“Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggjungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini Sabtu.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Mah mengumumkan senarai anggota Jawatankuasa Pusat parti untuk penggal 2013-2016.

Naib Presiden: Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Tan Sri Liew Yun Fah, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Setiausaha Agung: Liang Teck Meng

Bendahari: Datuk Lim Si Pin

Setiausaha Penganjur: Lau Hoi Keong

Anggota Jawatankuasa Pusat: Datuk Gordon Leong, Au Kam Wah, Dr Lee Chee Peng, Teng Chang Yeow, Datuk Yap Kea Ping. – BERNAMA

Selasa, 24 Desember 2013

Harakahdaily, 10 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Gelombang Kebangkitan Rakyat terutama di kalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara, kata Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi signal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.

Justeru, katanya walaupun, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari ini dilihat lebih tertumpu kepada Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah Bangkit yang dianjurkan Gegar perlu diberi tempat dan perhatian yang sewajarnya.

“Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak.

“Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lagi.

Menruutnya, siapa yang tidak ‘sakit’ apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera.

“Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya.

“Siapa yang tidak ‘bingung’ melihat telatah kepimpinan negerinya yang mampu melihat setiap harta dan ‘karun’nya diangkut serta dijual ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya.

“Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala dan mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan masa kebangkitan rakyat secara besar-besaran,” katanya.
 Read more...
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!