Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

  16 Julai 2013

 
(c) Huffington Post

Ketika anda meninggal suatu saat nanti, apa yang ingin anda utarakan sebagai last wish atau permintaan terakhir anda? Mungkin anda belum terfikir kerana ini adalah hal yang aneh untuk difikirkan selagi kita masih hidup. Tapi ada beberapa orang yang entah dengan alasan apa sudah membuat sebuah permintaan terakhir.

Kisah ini benar terjadi di Amerika. Aaron hidup begitu singkat, dia mungkin tidak memiliki segalanya tapi permintaan terakhirnya sungguh akan membuat namanya dikenang oleh keluarganya dan mungkin juga oleh seluruh pelayan restoran pizza di Amerika.

Aaron sebelumnya pernah mencuba untuk bunuh diri namun dia selamat dari kematian. Sayangnya, satu tahun kemudian, kematian menjemputnya. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia menyampaikan keinginan terakhirnya yang boleh dikatakan   cukup unik dan menyentuh perasaan ramai  .

Dia memang dikenal sangat menyukai pizza dan beberapa tingkahnya memang sungguh random. Bahkan sampai permintaan terakhirnya pun, cukup unik. Aaron berkata, "berikan tip untuk waiter atau waitress, bukan 25% tapi 500 Dollar."

Mendengar ini, saudara laki-lakinya pun membuat sebuah project untuk mengabulkan permintaan Aaron. Melalui website Aaroncollins.org, dia menceritakan siapa saja orang yang beruntung mendapatkan 500 Dollar tersebut. Yang terakhir, baru saja terjadi Khamis lalu. Seth memberikan tip 500 Dollar      kepada Vanessa Goldschmidt, seorang pelayan di Pequods Pizza. 

Tentu, Vanessa terkejut dengan apa yang dia alami. Seth kemudian menceritakan misi yang sedang dia jalankan untuk mengabulkan permintaan terakhir Aaron. Setelah mendengarkan cerita sedih dari Seth, dia pun memeluk Seth dan mengatakan bahawa dia turut sedih atas kehilangannya.

Misi ini memang sudah berjalan lama. Menurut web resmi Aaron, sudah ada 56 orang pelayan beruntung yang mendapatkan tip spesial dari Aaron yang diserahkan oleh keluarganya. Aaron memang dikenal sebagai orang yang sentimentil dan baik hati. Ia selalu tersentuh dengan apa yang orang lain lakukan padanya. Mungkin, ini adalah bentuk ucapan terima kasih pada orang lain atas apa yang pernah dia alami selama dia hidup.

Menurut WGN, sudah lebih dari 60,000 Dollar didermakan sejak permintaan terakhir Aaron ini disebarkan. Tina Rae Collins, ibu Aaron juga mengatakan, "Ramai orang kata satu-satunya hal yang mereka ingin adalah mendengarkan nama anaknya disebut. Sekarang, aku tidak perlu khuatir tentang itu." pada Tribune.

Wah, sungguh menyentuh sekali kisah Permintaan Terakhir Aaron ini. Yang boleh kita pelajari dari kisah ini adalah ada baiknya kita tidak menunggu ajal menjemput untuk menuai kebaikan. Selama kita hidup, berbagi adalah hal yang paling mudah untuk dilakukan.
 sumber:Vemale.com

Minggu, 29 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaannya bahawa 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata ramai pengundi terkeliru dengan dakwaan Anwar itu sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU13, 5 Mei lepas.

“Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian…mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

“Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggjungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini Sabtu.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Mah mengumumkan senarai anggota Jawatankuasa Pusat parti untuk penggal 2013-2016.

Naib Presiden: Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Tan Sri Liew Yun Fah, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Setiausaha Agung: Liang Teck Meng

Bendahari: Datuk Lim Si Pin

Setiausaha Penganjur: Lau Hoi Keong

Anggota Jawatankuasa Pusat: Datuk Gordon Leong, Au Kam Wah, Dr Lee Chee Peng, Teng Chang Yeow, Datuk Yap Kea Ping. – BERNAMA
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!