Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014


PELAKON Cristina Suzane bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan ibunya pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.

Cristina atau lebih mesra disapa Cris, 28, berkata, dia sudah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu pada Ahad lalu dan bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai majlis tersebut.

“Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.

“Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua,” katanya yang dihubungi mStar Online disini, pada Selasa.

Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam laporan media terdahulu memberitahu bahawa tunangnya itu merupakan teman sekolahnya dan sejak bekerja mereka tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu lelaki berkenaan datang ke rumah untuk merisik.

Selepas melihat keperibadian lelaki tersebut yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik beradik, ibu Cris terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Tambah Chris, setakat ini dia belum membuat sebarang persiapan lagi, namun mengakui dia kini sedang belajar memasak sebagai persediaan menempuh kehidupan berumah tangga nanti.

“Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti,” selorohnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem KIL itu baharu saja selesai penggambaran filem CEO pada dua bulan lalu bersama aktor Remy Ishak.

Selain itu, Chris juga bakal muncul menerusi telefilem Dari Sinar Mata untuk siaran TV3. – mStar

Rabu, 18 Desember 2013


Fazurina Perjelas Isu Kahwin Lari
Fazurina Perjelas Isu Kahwin Lari - Susulan khabar bahawa pelakon, Siti Fazurina yang telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Khamis lalu, pelakon drama ‘Dunia Anita’ ini menjelaskan bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat.
“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina yang dipetik daripada portal Gua.
Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.
“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya lagi.
Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi. – Informasi Dot My
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!