Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Tidur melebarkan ukuran ruang antara jaringan otak.

Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun- racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian, kata para penyelidik .

Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa ” sistem pembuangan racun ” adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia butuh tidur.

Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel -sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antar neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak.

Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.

Sebelumnya telah terbukti tidur Klik berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingat, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah ” pekerjaan rumah ” yang harus dilakukan di dalam otak.

Berfikir atau tidur 

Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan.
style="margin: 0px; padding: 0px;">
” Otak mempunyai tenaga yang terhad dan tampaknya bahawa ia harus memilih antara dua fungsi yang berbeza – terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan ,” kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard .

“Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berpesta . Di sana anda boleh menghibur para tamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar- benar melakukan keduanya pada masa yang sama. “

Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic – yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.

Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.

Sel- sel dalam otak menyusut semasa tidur . Hal ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak , sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun- racun.

Dr Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi ” penting ” untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.

Dia mengatakan kepada BBC: “Ini adalah murni spekulasi , tapi sepertinya otak kehilangan banyak tenaga semasa mengepam air dan itu mungkin tidak boleh dilakukan ketika proses pengolahan maklumat berlaku. “

sumber:

Selasa, 31 Desember 2013

Bertemu kembali selepas selesai semua umat Islam menunaikan solat Jumaat...Niiiihhhh ada tatapan mata tuk kita semua yang tgh asyik berblog tu...rehat2kan sket otak sambil mencari idea...hehehhee...inilah kedai yang paling BUSUK dalam dunia...haaaaaa...percaya x???


Share

Follow fadah5 on Twitter

Rabu, 18 Desember 2013

3 Tahun Terpaksa Berkurung Dalam Rumah

WALAUPUN menetap di rumah milik sendiri, namun sudah hampir tiga tahun tidak merasa kebebasan hidup seperti orang lain, itulah keadaan yang dialami segelintir penduduk di Taman Mewah, di sini.
Rokiah Abdullah (gambar), 54, berkata, bukan sahaja dia seorang tetapi sebilangan penduduk setempat yang tinggal berhampiran seolah-olah terpaksa memendam rasa berikutan tidak puas hati dengan penduduk yang menjalankan perniagaan di kawasan perumahan mereka itu.
Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak menghalang mana-mana penduduk yang ingin menjalankan perniagaan, namun biarlah kena cara dan tempatnya.
“Dalam situasi sekarang individu ini menjalankan perniagaan bermula jam 3 petang hingga 12 malam dan ia mengganggu penduduk setempat,” katanya.
Jelasnya, jika dia menjalankan perniagaan tersebut di hadapan rumahnya mungkin tidak menjadi masalah, namun perniagaan dijalankan di hadapan dan berhampiran rumah penduduk lain.
“Mak cik sudah tidak tahan lagi kerana gerai berada di hadapan pintu masuk rumah mak cik. Tiap hari kena tutup pintu dan tingkap bimbang pengunjung akan lihat apa yang kita buat.
“Ia mengganggu ketenteraman penduduk lain selain timbul masalah untuk mencari parkir kerana laluan yang sempit,” katanya.
Katanya, ada segelintir penduduk merungut minyak masakan melekat pada cermin kereta, sampah bekas tisu masuk ke kawasan rumah mereka dan menyebabkan dinding rumah penduduk kotor.
“Perkara ini sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Taiping  (MPT) dan juga laporan kepada pihak polis berhubung masalah tersebut.
“Ia bukan masalah remeh tetapi melibatkan hak kebebasan penduduk untuk melakukan apa sahaja, di samping berlakunya masalah kesesakan parkir,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Manaf Malik, 45, berkata, rata-rata penduduk di kawasan tersebut sememangnya tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, bagaimanapun lebih menyedihkan apabila pihak bertanggungjawab langsung tidak ambil peduli dengan permasalahan ini.
“Saya sendiri telah membuat aduan kepada pihak MPT berhubung masalah ini, namun hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Malah perbincangan pernah dilakukan beberapa kali dengan individu ini untuk namun semua itu menemui jalan  buntu,” katanya.
Katanya, penduduk berharap perkara itu tidak lagi berpanjangan kerana perniagaan tersebut hanya memberi banyak masalah.
Manakala Yang Dipertua MPT, Shahrom Abd Malik keberkata, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu perkara terbabit sebelum sebarang tindakan diambil.
“Bagaimanapun, jika benar operasi perniagaan ini banyak mendatangkan masalah kepada penduduk sekeliling, kita akan ambil tindakan yang bersesuaian,” katanya. –Sinar Harian
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!