Tampilkan postingan dengan label balik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label balik. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

pix_topright

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,200 pekerja warga Nepal merusuh, termasuk merosakkan harta benda di Apartmen Ceria Heights, Taman Bukit Cheras, di sini, kerana kecewa selepas tidak dihantar pulang oleh bekas majikan mereka, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kumpulan terbabit tidak berpuas hati kerana masih belum dihantar pulang ke negara asal walaupun sudah diberhentikan sejak sebulan lalu oleh sebuah syarikat elektronik di ibu negara. 

Difahamkan, kumpulan itu memecahkan cermin tingkap bilik asrama mereka, selain membaling pelbagai objek sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat yang kemudian bertindak menghubungi polis.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dikejarkan ke tempat kejadian sebelum mengawal sepenuhnya keadaan menjelang kira-kira 11 malam.

Difahamkan, polis turut memanggil wakil syarikat elektronik itu untuk berbincang dengan kumpulan berkenaan membabitkan proses penghantaran pulang mereka ke negara asal, termasuk berkaitan penempahan penerbangan dan urusan imigresen.

Bagaimanapun, sehingga jam 1 pagi tadi, kumpulan pekerja terbabit didapati enggan bersurai kerana tidak berpuas hati dengan cara isu itu dikendalikan syarikat elektronik berkenaan, termasuk urusan kebajikan mereka.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian, malah memaklumkan pegawai dan anggotanya turut ditempatkan di apartmen berkenaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Senin, 16 Desember 2013

Foto
Operasi mencari Andrian turut disertai penduduk kampung sekitar Sungai Seblak.

Saratok: Isteri seorang nelayan sungai yang dikhuatiri menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Seblak di sini, Jumaat lalu, tetap mengharapkan kepulangan suaminya, walaupun hanya jasad yang dibawa balik.

Bibiana anak Jenggi, 21, berkata beliau tetap mengharapkan suaminya itu kembali dengan selamat, walaupun harapan itu amat tipis selepas usaha mencari dan menyelamat sejak dua hari lalu, gagal menemui Andrian anak Thomas, 32. 


“Namun sehingga senja, suami saya masih belum balik dan bimbang keselamatannya, saya ke jeti untuk mencarinya.

“Saya mula rasa gelisah lalu menghubungi telefon bimbitnya tapi terkejut apabila ia dijawab bapa mentua yang ketika itu turut mencarinya selepas terserempak perahu milik suami di tebing sungai berkenaan,” katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Mawan Empayak, semalam.


Bibiana berkata, beliau sedih memikirkan masa depan anak tunggal mereka, Wilson Tambi, berusia tiga tahun, yang masih belum mengerti kejadian menimpa bapanya.

“Kalau benar suami saya dibaham buaya, saya mahu jasadnya ditemui. Sekurang-kurangnya, ada kubur yang membolehkan kami berdua menziarahi jika mahu melepaskan rindu,” katanya. 
Adrian dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat yang dipasangnya jam 3 petang kelmarin di satu kawasan dikenali sebagai Lubuk Emplaie, lapan kilometer dari lokasi serangan buaya, enam bulan lalu. 

Bagaimanapun, kehilangannya hanya disedari bapanya, Thomas anak Mang, 52, yang menemui perahu Andrian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pekan Roban, jam 4 petang, Jumaat lalu.

Ada kesan pergelutan pada perahu

“Saya menghampiri perahu Andrian, tetapi tidak nampak kelibatnya. Bagi memuaskan hati, saya memanggilnya beberapa kali tetapi tiada jawapan.


“Hanya telefon bimbit dan kasut saja ditemui dalam perahu itu dan perasaan saya mula tidak tenang apabila melihat kesan pergelutan pada perahu itu menyebabkan saya yakin ia angkara buaya,” katanya. 

Sejak 2007 hingga kejadian terbaru Jumaat lalu, enam penduduk kampung yang tinggal di perkampungan sepanjang tebing Sungai Seblak, terbunuh akibat dibaham buaya.

Ini sekali gus menjadikan Sungai Seblak sebagai lokasi kes serangan buaya tertinggi di Sarawak dalam tempoh lapan tahun.


sumber:
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!